05 August 2016

Pendekatan mencari rahmat Allah

Untuk mencari rahmat Allah caranya ialah dengan meletakkan diri kita dalam keadaan yang dapat memenuhi tuntutan ayat yang menyebut,‘Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku’. (az-Zariyat 51: 56)
Untuk mencapainya, biarlah setiap niat, percakapan dan perlakuan kita, kita sandarkan kepada hukum, ini bertujuan untuk mendapat status kerana Allah. Dengan kata lain janganlah berniat, bercakap, dan melakukan sesuatu yang tidak ada hukumnya. Ini meliputi setiap aspek kehidupan - gaya hidup, berumah-tangga, bersosial, hidup dalam komuniti, ekonomi, politik, kebudayaan, sukan, dan lain-lain. Tentunya ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan atau ilmu.
Islam adalah agama yang syumul, tidak ada sebarang permasalahan yang tidak dapat diselesaikannya. Sehingga masalah mandi sekalipun Islam (Nabi saw) sudah menunjukkan caranya. Misalnya, ada pandangan menyatakan bahawa untuk mandi hendaklah kita basahkan badan mulai dari kaki; hukum manakah yang boleh digunakan untuk menyokong pandangan ini. Jika ada hukumnya sama ada dari nas, atau ijma', atau apa sahajalah, ok lakukanlah. Bererti mandi itu kita lakukan mengikut Islam. Jika tidak tahu hukumnya maka kita akan mandi mengikut cara sendiri, masing-masing. 
Tentang mandi itu, ada hadis yang menyebut bahawa Nabi saw junub dimulakan dengan membasahkan kepada 3x. Ini boleh dijadikan hukum. 
Sekianlah sedikit untuk hari ini, yang boleh dijadikan renungan.

No comments: