18 April 2016

Sedekah yang berterusan

Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim). Kerana itu seorang tokoh ilmuan berkata,
















Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah)
Amal kebaikan itu tidaklah semestinya membina masjid, sekolah, wakaf tanah, membina rumah untuk penginapan orang musafir dan sebagainya tetapi memadai dengan menyibarluaskan ilmu yang bermanfaat, membina saliran untuk pengairan kebun, menanam pokok buah-buahan, dan sebagainya.
Jika mampu hasilkanlah karya dan tulisan yang boleh menjadi pedoman jalan hidup Islam, atau paling kurangpun sampaikan walaupun satu ayat yang pernah kita dengar. Jangan pula menyampaikan ilmu yang membawa kemusnahan, huru-hara, kebencian, memecah-belah, dan lain-lain. Kerana itu kita diingatkan agar jangan sekali-kali membuat dosa.

Sikap terhadap harta

Menyedari konsep kepunyaan harta seperti yang tersebut di atas, maka di samping menunaikan zakat, kita harus mengurus harta kekayaan yang kita cari itu mengikut ketentuan Allah swt: membelanjakannya mengikut yang diatur oleh ayat-ayat Allah swt, bukan mengikut kemahuan kita, inilah antaranya yang harus kita lakukan selepas menunaikan zakat.

Ada ayat-ayat dalam al-Quran menyatakan bahawa kepunyaan harta kita meliputi juga harta yang kita belanjakan untuk jalan Allah, dan yang kita habiskan untuk kebajikan manusia dan makhluk keseluruhannya. Harta itu dikira sebagai yang kita pinjamkan kepada mereka, seperti firman-Nya, Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak’. (al-Baqarah, 2: 245). Maksud yang sama juga tersebut dalam ayat 20 surah al-Muzammil, ‘dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik’.

Konsep memberi pinjaman kepada Allah ini bertepatan dengan maksud ayat 111 surah at-Taubah, yang maksudnya Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka; mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh; (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan al-Quran; dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar (at-Taubah, 9: 111).

Ayat ini menyatakan tentang jual-beli antara Allah dengan hambanya yang menyerahkan jiwa raga dan hartanya ke jalan Allah melalui perniagaan barter atau jual-beli tukar barang, di sini ialah pertukaran jiwa raga dan harta dengan syurga.
 
Wakaf

Jika anda seorang yang mempunyai lebihan harta salah satu cara terbaik menggunakan lebihan pendapatan ialah menubuhkan waqaf. Ini adalah khazanah amal atau amanah yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu, melibatkan sejumlah wang atau hasil daripada perniagaan atau pendapatan sewa daripada harta kita sendiri untuk tujuan amal. 
Wakaf boleh dilakukan dalam bentuk membina sekolah, perpustakaan, hospital, rumah anak yatim, masjid dan penyelenggaraannya, asrama untuk pelancong, rawatan haiwan dan lain-lain tujuan kebajikan. Namun setelah wang, tanah atau bangunan itu diberikan sebagai wakaf, ia tidak boleh diambil semula – ia akan menjadi wakaf ihsan, yang ganjarannya akan berterusan. Nabi saw bersabda, Apabila seseorang meninggal dunia, semua amalnya berakhir kecuali tiga perkara yang ditinggalkan: amal yang berterusan, pengetahuan yang mendatangkan manfaat; anak-anak yang soleh yang mendoakannya.

No comments: