05 February 2016

Nature manusia


Mengikut al-Quran, atau mengikut pandangan Islam, manusia lelaki dan perempuan adalah dijadikan Allah s.w.t. dalam bentuk semujadinya yang baik dan suci dari dosa. Ini selalu disebut sebagai fitrah. Seseorang bayi yang baru lahir, fitrahnya adalah suci bersih. Ia tidak berdosa atau menanggung dosa orang tua atau nenek moyang mereka. Ia memulakan hidupnya dengan kosong.Hal ini disebut oleh satu ayat dalam al-Quran, ‘Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah.’ (ar-Rum, 30)
Allah mencipta manusia dengan naluri beragama iaitu agama tauhid. Maka tidaklah wajar sekiranya ada manusia yang tidak beragama tauhid. Sebuah hadis menyebut, ‘Setiap anak yang lahir semulajadinya adalah dalam keadaan fitrah. Ibubapanya yang akan mencorakkannya menjadi Jew atau Kristian atau musyrik.’ Perkataan ibubapa dalam kontek hadis ini mempunyai skop yang luas, mencakupi juga pengaruh sosial dan sekitaran. Agama-agama yang disebutkan di sini adalah antaranya yang paling popular pada zaman Rasulullah s.a.w. Jadi termasuk juga agama-agama lain atau pandangan yang menyelewengkan manusia dari ajaran yang benar.

Baik dan jahat
Seperti yang telah disebut sebelum ini, manusia dicipta, secara nature sudah mempunayai nilai-nilai moral sense, yang membolehkan mereka membezakan antara yang baik dengan yang jahat. Baik adalah dirujuk kepada sama ada manusia itu akan serasi dengan jalan Allah, yang memberi faedah kepada manusia lain. Jahat pula dirujuk sebagai manusia yang mengundang murka Allah, yang tidak menyenangkan manusia lain.
Walaupun pada asalnya manusia dicipta dalam keadaan fitrah, baik, tetapi lantaran dibekali pula dengan keupayaan atau kuasa membuat pilihan untuk mengambil yang baik atau buruk. Manusia mempunyai kebebasan untuk memilihnya. Jadi tabiatnya dan perilakunya adalah berkaitan dengan kebebasan ini. Kejahatannya adalah terbit daripada niat hatinya sendiri, bukan yang datang dari Allah s.w.t. Jadi Allah s.w.t. tidak akan mengambil tanggungjawab atas kejahatannya.
Bagi mengekalkan keadaannya yang suci dan tanpa dosa sejak lahir dahulu, satu caranya ialah dengan menghindarkan diri dari melakukan kejahatan. Itu sebabnya taqwa, berkali-kali disebut dalam al-Quran, ditekankan sebagai yang paling penting bagi menghadapi perkara-perkara baik dan jahat. Taqwa membawa maksud sebagai kesedaran terhadap Allah s.w.t. dan sentiasa berhati-hati dari melanggar batasan-batasan yang Allah s.w.t. tentukan. Taqwa adalah pagar yang membataskan manusia dari perbuatan keji dan mungkar. Ia mengawal manusia agar sentiasa berada dalam lingkungan keadaan semulajadinya. Tetapi agak sukar untuk mengekalkan keadaan semulajadinya kerana seperti yang disebut tadi bahawa manusia mempunyai kuasa memilih. Manusia memang mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kelemah-kelemahan ini disebut dalam al-Quran sebagai da’f, atau sifat serba kekurangan.
Seseorang manusia yang prihatin sepatutnya sentiasa berhati-hati dan mengikut nature kejadiannya. Sentiasa berpegang kepada nature yang baik dalam segala tindak-tanduk dan perilakunya. Malangnya manusia juga sering terpedaya oleh ciptaan-ciptaan yang dangkal dan menipu, yang selalu digambarkan sebagai pride, dan harga diri atau apa sahaja. Dan inilah yang seterusnya akan menjadikan seseorang itu bersikap tamak, penyamun, menjahanam, dan segala perilaku yang tidak adil.
Lebih lama manusia berkelana dalam kejahatan bagini, akan lebih banyak kejahatan yang akan bertimbun dalam hati sanubarinya. Inilah yang akan menghalang dirinya dari pengaruh-pengaruh baik. Justeru sebelum terjadi keadaan ini, manusia sentiasa diberi peluang untuk membaiki dirinya kembali kepada keadaan nature yang asal, atau apa yang disebut oleh al-Quran sebagai taubah. Bertaubah atau bertaubat adalah caranya Islam untuk mengajak manusia meninggalkan dosanya.


Kebebasan dan tanggungjawab

Jadi kita telah lihat bahawa manusia tidak dijadikan sebagai seorang mementingkan diri dan bersikap menjahanam. Tidak juga dicipta hanya untuk berputus asa dan rasa tidak berguna. Tetapi mengikut Islam, manusia dicipta dengan sifat-sifat mulia, dan murni. Kerana itu Allah telah memilih manusia sebagai makhluk yang diberi keupayaan dan kepintaran bagi melayakkan mereka menjadi khalifah atau pentadbir bumi. Sebagai khalifah, manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap sekalian makhluk. Segala-galanya, di langit dan di bumi telah diletakkan pada pelupusan manusia sebagai amanah.


Hari akhirat. Dengan kemurnian intelek dan kebebasan memilih yang diberikan, manusia dipertanggungjawabkan terhadap apa yang akan dilakukannya selama di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, adalah tidak manasabah untuk meletakkan kemungkaran yang terjadi di atas muka bumi kepada Sang Pencipta. Itu sebabnya memang manasabah dan natural juga disediakan satu alam kehidupan lain selepas kematian manusia. Di sana nanti manusia akan dipersoal terhadap apa yang telah dilakukan selama hidup di dunia. Inilah sebabnya sebahagian besar kandungan al-Quran adalah mengenai tanggungjawab dan akauntabiliti manusia.
Al-Quran menegaskan bahawa kehidupan masa depan adalah wajar dan akan berlaku. Jika tidak maka tidaklah ada tujuan manusia diwujudkan, disediakan pula ganjaran dan balasan, diwujudkan rasa tanggungjawab, dan menghantar nabi-nabi untuk mengingatkan tanggungjawab mereka. Allah s.w.t. menyatakan dalam al-Quran,
Apa, adakah manusia mengira dia akan dibiarkan berkeliaran sesuka hati?’
‘Apa, adakah anda berfikir bahawa kami menciptakan kamu hanya untuk bersukan dan bahawa anda tidak akan dikembalikan kepada kami?’
Dengan adanya hari akhirat dan hari kebangkitan, al-Quran mengingatkan, jika Allah s.w.t. yang mencipta manusia pada awalnya, apakah mustahil untukNya akan menghidupkan semula selepas kematiannya? Jadi, kehidupan selepas kematian adalah menjadi sebahagian daripada worldview Islam.

Di sini, kita dapat melihat bahawa Quran membentangkan pandangan tentang realiti yang bersepadu dan harmoni. Al-Quran menggambarkan nature Allah, nature alam semesta dan nature manusia. Al-Quran menggariskan pelbagai pilihan dan destinasi hidup manusia: memperkatakan nature baik dan jahat; menjelaskan juga punca kebahagiaan dan rasa tidak puas hati seorang individu; tentang masyarakat dan tamadun manusia, dan sebab-sebab sebenar untuk kebangkitan, kemerosotan dan kejatuhan. Berulang kali, ia menghendaki manusia agar berhati-hati dengan nature dan tanggungjawabnya, demi untuk meraih kebaikan akhirat. Di samping itu memberi amaran kepada seksaan dan hukuman bagi orang-orang yang melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah.
Kandungan al-Quran bukan sekadar meminta orang untuk berbuat baik dan menjauhkan diri daripada kejahatan secara umum. Ia juga menentukan cara-cara di mana manusia boleh melakukan kebaikan rohani, fizikal, sosial, politik dan ekonomi. Ia juga menentukan pekara-perkara yang boleh membawa kemusnahan dan kerugian individu mahupun kumpulan mereka. Ini yang membuatkan kestabilan Islam. Ianya adalah Kod Etika dan Undang-undang (atau Syariah), yang mengandungi bukan sahaja undang-undang yang terperinci tetapi juga sebagai prinsip-prinsip asas yang mendefinisikan apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang. Apa yang dilarang boleh ditunjukkan ianya memudaratkan manusia dan masyarakat mahupun alam sekitaran.
Al-Quran tidak membiarkan manusia sentiasa dalam keadaan teraba-raba dan bereksperimen. Islam mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh individu dan kemasyarakatan hari ini. Bagaimanapun ia bukan hanya satu set penyelesaian untuk masalah tetapi juga menunjukkan cara yang natural untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Ia adalah cara yang disediakan untuk semua manusia, pada setiap masa, dan kepada sesiapa yang ingin mencari kebenaran dan mencorakkan aspek kehidupan mereka.
‘Hanya Allah jua yang menguasai timur dan barat, dan rahmat Allah itu dekat kepada mereka yang menyeru kepadaNya.’

No comments: