29 May 2015

Mencari rahmat Allah

Sembahyang kita belum menjamin masuk syurga atau melepaskan dari api neraka kecuali yang mendapat rahmat Allah. Ini bererti sembahyang yang hanya didirikan zatnya sahaja, tidak disertai dengan amalan-amalan selepas itu belum mendapat rahmat Allah. Akibatnya ialah seperti yang disebut oleh sebuah hadis yang menyebut, 
Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), antaranya sembahyang datang lalu berkata, ‘Ya Tuhanku akulah sembahyang’; Allah Taala berfirman (kepadanya) ‘Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)’; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup’; kemudian datang pula Islam lalu berkata, ‘Ya Tuhanku, Engkaulah Tuhan yang bernama Assalam, dan akulah Islam’; maka Allah Taala berfirman (kepadanya), ‘Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah jua aku memberi balasan’. (Mustika Hadis Jilid I, 42)
Hadis ini menggambarkan sembahyang yang hanya didirikan zatnya sahaja belum cukup untuk mendapat rahmat Allah. Untuk mendapat rahmat Allah dari sembahyang biarlah yang menegakkan Islamnya

Bagaimanakah caranya yang lain hendak mendapat rahmat Allah! 

Antaranya ialah seperti yang disebut oleh ayat ini:
'Sessungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. (al-Baqarah, 2: 218)

Antara lain lagi:

 
‘Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. (al-Baqarah, 2: 25)
Tentu kalian setuju jika dikatakan bahawa amalan berbuat baik itu ialah amalan yang berkaiatan dengan manusia lain sama ada yang Muslim atau non, dan sekalian makhluk sama ada yang hidup atau pun yang tidak hidup.
Bagaimanakah caranya berbuat baik? Apakah yang dapat kita lakukan untuk berbut baik?
Jawabnya: Bacalah tentang Revolusi Nabi saw.